"An Investment Agency In Gold"

Saturday, January 31, 2009

Invest wisely (News Article)

Monday January 5, 2009 (Source: The Star Online Article)

Invest wisely

By PATSY KAM

Diversifying investments during these lean times.

PRICES of diamonds, luxury yachts and even airliners are dipping this recession and even the super-rich may not be spared.

But this shouldn’t come as a shock, really. After so many years of easy money, people have forgotten about the credit cycles that accompany the boom-bust cycles of stock markets and the business cycle.

Various sizes of Kijang Emas, Malaysia’s own gold bullion coins. Gold acts as a reliable store of value as it fulfils the functions of money.

According to Choong Khuat Hock, 47, director of fund management company Kumpulan Sentiasa Cemerlang, credit cycles of tight money go hand-in-hand with recession when bad debts weaken the capital structure of banks and collateral values diminish. This usually follows periods of easy credit and loose lending standards.

“The financial markets will continue to do badly this year,” he predicts.

Since Malaysia is dependent on trade, it is likely to be affected as 30% of exports are commodities, which have more than halved in prices.

Given the dismal scenario, Choong advises people not to rush out to buy assets.

“Gold is a good investment if you want to diversify but it’d be silly to put all your eggs in one basket. Investing in foreign currency is tempting but it’s still highly speculative – given the global recession, people will still run back to US currency.

“There will surely be a decrease in consumer spending and less spent on luxury items. But healthcare and consumer staples will continue to do well.”

Going into other types of investments at this time may seem attractive but you need to be sensitised to major trends. For example, the price of Korean antiques rose sky-high as that Tiger economy grew in the 1980s and 1990s, and there was a demand for Stalinist memorabilia when the Union of Soviet Socialist Republics was dissolved.

During tough times, people will be less likely to pay for expensive luxuries, so it’s quite possible to pick up some “lifestyle investments” at bargain prices. Generally, it’s recommended that any such investments form only a small part (usually no more than 15%) of a balanced portfolio for investors with fairly substantial net worth.

Midas touch

Like our forefathers before us, when the going gets tough, people may start hoarding gold as it’s a good hedge against inflation as stock markets decline.

However, Choong foresees a deflation this year so gold prices may come down. When everyone is going to be strapped for money in the coming downturn, cold hard cash in hand seems better than investing in gold.

Still, gold is a viable option for those who are looking for somewhere to park their money as its fundamentals are strong.

Based on data by the World Gold Council, gold has remained less volatile against most commodities and precious metals in the current credit crunch.

According to Maybank’s website on Kijang Emas, Malaysia’s own gold bullion coins, gold acts as a reliable “store of value” because it fulfils the functions of money. It is portable, indestructible and cannot be manufactured. Gold is easily recognisable and accepted as a form of payment.

Its value has remained more or less stable and, as an asset, it has a relatively low-to-negative correlation with other asset classes like currencies, bonds and Treasury bills.

Considered the most liquid of global assets, gold doesn’t depend upon any government’s or company’s promise to repay, nor is it directly affected by economic policies.

Prices have undeniably been affected by the current global market, but JP Morgan has raised its price forecast for gold for 2009 on expectations that investors will buy into bullion as a haven from risk.

Gold investments in Malaysia can be made via the purchase of physical gold bullion in the form of gold coins or by opening a gold savings passbook account which allows account holders to invest without worrying about physical storage.

Account holders can withdraw their gold in cash or physical gold form.

Alternatively, investors can make their gold investments via gold exchange-traded funds (ETFs) listed overseas. The gold shares are backed by physical allocated gold bullion and are traded in US dollars.

For more, please read at www.thestaronline.com

Friday, January 30, 2009

Harga Semasa Etika Emas (1 gram) - 30/01/2009

Ketulenan

Tarikh

Jualan (Pertama Kali)

Jualan

Belian

999.9

30/01/2009

RM126.66

RM120.63

RM118.22

916

30/01/2009

RM115.79

RM110.28

RM108.07



Kemaskini: 30/01/2009
Sumber: www.etikaemas.com

Thursday, January 29, 2009

Harga Semasa Etika Emas (1 gram) - 29/01/2009

Ketulenan

Tarikh

Jualan (Pertama Kali)

Jualan

Belian

999.9

29/01/2009

RM129.19

RM123.04

RM120.58

916

29/01/2009

RM118.43

RM112.79

RM110.53



Kemaskini: 29/01/2009
Sumber: www.etikaemas.com

Wednesday, January 28, 2009

Harga Semasa Etika Emas (1 gram) - 28/01/2009

Ketulenan

Tarikh

Jualan (Pertama Kali)

Jualan

Belian

999.9

28/01/2009

RM122.56

RM116.72

RM114.39

916

28/01/2009

RM112.34

RM106.99

RM104.85



Kemaskini: 28/01/2009
Sumber: www.etikaemas.com

Friday, January 23, 2009

Harga Semasa Etika Emas (1 gram) - 23/01/2009

Ketulenan

Tarikh

Jualan (Pertama Kali)

Jualan

Belian

999.9

23/01/2009

RM123.18

RM117.31

RM114.96

916

23/01/2009

RM112.91

RM107.53

RM105.38



Kemaskini: 23/01/2009
Sumber: www.etikaemas.com

Thursday, January 22, 2009

Harga Semasa Etika Emas (1 gram) - 22/01/2009

Ketulenan

Tarikh

Jualan (Pertama Kali)

Jualan

Belian

999.9

22/01/2009

RM123.42

RM117.54

RM115.19

916

22/01/2009

RM113.14

RM107.75

RM105.60



Kemaskini: 22/01/2009
Sumber: www.etikaemas.com

Wednesday, January 21, 2009

Harga Semasa Etika Emas (1 gram) - 21/01/2009

Ketulenan

Tarikh

Jualan (Pertama Kali)

Jualan

Belian

999.9

21/01/2009

RM119.84

RM114.13

RM111.85

916

21/01/2009

RM109.85

RM104.62

RM102.53



Kemaskini: 21/01/2009
Sumber: www.etikaemas.com

Tuesday, January 20, 2009

Sistem kewangan berasas emas lebih adil, jujur

Berita Harian 19 Januari 2009 (Oleh Mohd Faizal Mohd Nor)

Di dalam peradaban manusia sejak sekian lama, emas adalah logam berharga yang telah menjadi simbol kepada kekuasaaan, kemewahan, dan kecantikan. Sejak itu, emas telahpun berjaya menjalankan fungsinya sebagai pengekal nilai yang paling kukuh, walaupun berhadapan dengan pelbagai pergolakan, tribulasi, peperangan, dan pelbagai lagi krisis ekonomi dan kemanusiaan.


Emas bukan sahaja dianggap sebagai barang bernilai di dunia. Bahkan Al-Quran menyebut bahawa emas kekal sebagai sesuatu yang dinisbahkan sebagai simbol kejayaan dan kemewahan di akhirat kelak. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, maksudnya,


Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ daripada sutera.” (Al-Hajj: 23)


Sejarah menunjukkan bahawa emas telah digunapakai sebagai alat pertukaran di dalam perdagangan. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, emas telahpun digunakan oleh kerajaan Rom Byzantine. Malah pada zaman awal kedatangan Islam, syiling-syiling dari kerajaan Rom dan Parsi juga telah digunakan secara meluas oleh orang-orang Islam. Emas dan perak telah dijadikan sebagai ukuran kepada unit timbangan kepada harga dan upah. Sistem barter atau pertukaran barang dengan barang adalah tidak digalakkan seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, maksudnya, “Bahwa Rasulullah saw. mengutus saudara Bani Adi Al-Anshari sebagai wakil beliau di Khaibar. Kemudian ia datang membawa kurma janib (kurma bermutu baik). Rasulullah saw. bertanya kepadanya: Apakah semua kurma Khaibar seperti ini? Dia menjawab: Tidak, demi Allah, wahai Rasulullah, kami membeli satu sha` kurma ini dengan dua sha` kurma yang kurang baik mutunya. Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kamu berbuat demikian. Tetapi tukarlah dengan yang sejenis, atau juallah ini (kurma yang kurang baik mutunya) lalu belilah kurma yang baik dengan wang penjualannya dan demikian juga dengan timbangan.


Demi keadilan, barangan yang hendak didagangkan adalah sebaiknya dijual terlebih dahulu dan tidak ditukarkan secara terus dengan barangan lain. Dengan ini emas dan perak telah dijadikan perantara dalam sistem perdagangan Islam.


Emas dan perak juga telah dijadikan sebahagian dari syariat Islam. Sebagai contoh, Rasullulah SAW seperti yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i dari Amru Ibn Hazm telah bersabda, maksudnya, "The blood money for one soul would be 100 camels...and for those who deal in gold it would be 1000 dinars."


Imam Bukhari juga telah meriwayatkan dari Aishah (ra) bahawa Rasullulah SAW telah bersabda, maksudnya "The hand is cut for the theft of one-quarter dinar and upward."


Hanya bertahun selepas kewafatan Rasullulah SAW, orang Islam tidak lagi menggunakan syiling -syiling Rom dan Parsi apabila pada tahun 77 Hijrah (696) ketika zaman pemerintahan Khalifah Abul Walid Abd al-Malik ibn Marwan, emas yang pertama telah ditempa. Gambaran manusia dan binatang yang ada pada syiling-syiling Rom dan Parsi telah digantikan dengan perkatan "la ilaha ill' Allah". Syiling emas ini telah digunakan secara meluas di jajahan-jajahan Islam sehinggalah keruntuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah.


Pada masa ini perantara kepada perdagangan telah berubah dari emas kepada wang kertas. Terpisahnya emas dari sistem kewangan dunia bermula dengan berakhirnya sistem Bretton Woods. Runtuhnya kerajaan Turki Uthmaniyyah menandakan tamatnya era perdagangan dan sistem kewangan Islam yang adil dan jujur. Lompang kewangan yang ditinggalkan itu sedikit demi sedikit mula diisi oleh sistem ekonomi kapitalis yang kejam dan zalim dengan riba dijadikan senjata untuk meruntuhkan struktur kewangan sedunia yang telah dibangunkan sekian lama.


Uniknya emas ialah ianya tidak dimiliki oleh mana-mana negara, pertubuhan, parti politik, mahupun individu. Ianya diterima dan diiktiraf di kalangan semua negara, agama, dan bangsa sebagai sesuatu yang bernilai dan berharga. Bahkan sifat emas itu sendiri yang sukar ditemui dan dihasilkan menjadikan ianya amat sesuai dijadikan sandaran nilai bagi sesuatu. Justeru, ianya sukar itu untuk dimanipulasi atau dispekulasi.


Ketika ini telah banyak kedengaran suara-suara agar diwujudkan kembali sistem kewangan berasaskan emas. Suara penentangan juga didengari dari komuniti Islam sehinggakan Dr. Umar Ibrahim Vadillo telah menfatwakan haram menggunakan wang kertas. Walaupun tidak semua bersetuju dengan fatwa tersebut, ini tidak menafikan bahawa wang kertas ada mempunyai masalah dari segi praktikal dan aplikasi lebih-lebih lagi perkara yang sudah nyata haram iaitu riba, adalah pemangkin kepada sistem kewangan berasaskan wang kertas.


Samada masalah terbabit sudah cukup menjadi penyebab kepada pengharaman wang kertas perlu kepada kajian dan penelitian yang lebih lanjut dan mendalam.

Apa yang nyata, emas akan sentiasa ada untuk menjadi alternatif kepada sistem kewangan dunia masakini.


Krisis ekonomi di Amerika Syarikat hari ini adalah petanda bahawa sistem kapitalis yang diagungkan oleh mereka selama ini adalah sistem yang pincang dan menyebabkan kemusnahan serius terhadap ekonomi. Malangnya, itulah sistem yang cuba diserapkan oleh mereka ke dalam pemikiran seluruh masyarakat dunia sebagai satu sistem yang sempurna dan wajib digunapakai. Mana-mana negara yang cuba keluar dari sistem tersebut dianggap sebagai tidak mematuhi tatacara kewangan antarabangsa dan boleh dikenakan tindakan.


Penjajahan pemikiran bentuk baru seperti ini adalah penjajahan moden di dalam meneruskan tradisi imperalisme mereka, selain dari pelbagai penjajahan bentuk lain seperti hiburan, fesyen, gaya hidup, dan lain-lain. Oleh itu adalah amat penting bagi umat Islam untuk membebaskan diri mereka dari belenggu penjajahan pemikiran seperti ini supaya erti kemerdekaan sebenar mampu dikecapi, bukan sekadar meraikan kemerdekaan dengan menunggu detik 12 malam sambil dijamukan dengan pelbagai bentuk hiburan yang juga diimport dari kuasa imperalis tersebut.

Memang benar sistem perhambaan tidak lagi wujud pada hari ini. Walau bagaimanapun, keadaan dunia pada hari ini tidak ubah seperti perhambaan zaman moden yang memerlukan sebuah negara kuasa besar menentukan apa yang perlu dilakukan oleh negara-negara kecil yang lain. Justeru, tidaklah menjadi satu keajaiban apabila dunia Islam yang begitu kaya dengan khazanah semulajadinya gagal memanfaatkan sumber-sumber tersebut untuk kepentingan dan pembangunan ummah. Bahkan kekayaan sumber semulajadi itu dieksport ke negara-negara kuasa besar dan apa yang diterima kembali hanyalah kertas yang dicetak berupa wang tanpa sebarang sandaran nilai yang kukuh. Bayangkan sekiranya berlaku sebarang masalah pada negara yang mengeluarkan wang tersebut. Ke manakah “kertas-kertas” tersebut akan ditebus untuk dituntut nilainya? Hal ini adalah tidak mustahil kerana ianya telahpun berlaku sekitar tahun 1930an ketika dunia mengalami krisis ekonomi yang serius di mana ketika itu, “kertas-kertas” tersebut hanya layak menjadi bahan untuk dibakar kerana harga kayu api lebih mahal dari nilai “kertas-kertas” tersebut.


Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita memiliki aset fizikal seperti emas yang mana nilainya sentiasa kukuh. Sebenarnya tujuan utama memiliki emas fizikal bukanlah sekadar mendapat keuntungan ke atas modal tetapi juga melindungi nilai aset daripada penyakit klasik zaman berzaman iaitu inflasi dan deflasi. Ini tidaklah bermaksud emas menjadi penyelesaian mutlak bagi semua masalah ekonomi, namun sekurang-kurangnya ia mampu meminimumkan risiko-risiko seperti yang disebutkan di atas.


Pada masa ini, terdapat beberapa buah negara kuasa besar yang telah mula menunjukkan minat pada logam terpilih ini. Bukan menjadi rahsia lagi bahawa negara-negara seperti Rusia dan China telah mula meningkatkan rizab emas mereka semenjak beberapa tahun yang lalu. Bayangkan apa akan terjadi kepada negara seperti China yang memegang rizab USD terbesar di dunia dengan pegangan lebih 1 trillion USD sekiranya berlaku krisis kepercayaan yang meruncing pada matawang tersebut. Ke manakah akan dilongokkan timbunan “kertas-kertas” tersebut? - Sumber: www.etikaemas.com

Harga Semasa Etika Emas (1 gram) - 20/01/2009

Ketulenan

Tarikh

Jualan (Pertama Kali)

Jualan

Belian

999.9

20/01/2009

RM120.11

RM114.39

RM112.10

916

20/01/2009

RM110.10

RM104.86

RM102.76



Kemaskini: 20/01/2009
Sumber: www.etikaemas.com

Monday, January 19, 2009

Harga Semasa Etika Emas (1 gram) - 19/01/2009

Ketulenan

Tarikh

Jualan (Pertama Kali)

Jualan

Belian

999.9

19/01/2009

RM116.68

RM111.12

RM108.90

916

19/01/2009

RM106.95

RM101.86

RM 99.82



Kemaskini: 19/01/2009
Sumber: www.etikaemas.com

Friday, January 16, 2009

Harga Semasa Etika Emas (1 gram) - 16/01/2009


Ketulenan

Tarikh

Jualan (Pertama Kali)

Jualan

Belian

999.9

16/01/2009

RM116.47

RM110.92

RM108.70

916

16/01/2009

RM106.76

RM101.68

RM 99.65


Kemaskini: 16/01/2009
Sumber: www.etikaemas.com

Thursday, January 15, 2009

Harga Semasa Etika Emas (1 gram) - 15/01/2009

Ketulenan

Tarikh

Jualan (Pertama Kali)

Jualan

Belian

999.9

15/01/2009

RM116.68

RM111.12

RM108.90

916

15/01/2009

RM106.95

RM101.86

RM 99.82



Kemaskini: 15/01/2009
Sumber: www.etikaemas.com

GOLD PRICE MAY HIT US$1,100 MARK

(Artikel BERNAMA - Friday, January 9, 2009)

KUALA LUMPUR, Jan 9 (Bernama) -- Gold price may hit US$1,100 an ounce this year amid uncertainties on the global economic front, according to Poh Kong Holdings Bhd's executive chairman Datuk Eddie Choon Yee Seiong.

"It may be possible to hit US$1,100, looking at the current situation with the global slowdown. We see the possibility of the gold price going up," he said today.

Gold is usually an attractive proposition for those looking for a safe place to invest their cash or as a hedge against any economic, political, social or currency-based crisis.

As economic uncertainties are likely to persist for the foreseeable future, gold is expected to attract safe-haven buying from risk-averse investors this year.

"Historically, the gold price goes up in tandem with troubles around the world. High price will give some positive news to our profit and margin," said Choon, who also the company's group managing director.

Asked whether high gold prices would dampen the demand, he said: "According to our records, we still see growth in sales of gold even when the price went up quite a fair bit last year."

Last year, the gold price touched the US$1,000 per ounce mark but it later came down to US$800 an ounce.

Gold is the main contributor to Poh Kong's revenue at 80 percent but the company is not neglecting advertising and promotions for its gems and diamonds, Choon said.

"Poh Kong is confident that even with high gold prices, we would not be adversely affected as gold has an intrinsic value and consumers are turning to gold as a tool to hedge against inflation," he said. -- BERNAMA

Wednesday, January 14, 2009

Harga Semasa Etika Emas (1 gram) - 14/01/2009

Ketulenan

Tarikh

Jualan (Pertama Kali)

Jualan

Belian

999.9

14/01/2009

RM117.66

RM112.06

RM109.82

916

14/01/2009

RM107.86

RM102.72

RM100.67


Kemaskini: 14/01/2009
Sumber: www.etikaemas.com

Taklimat dari Wakil Etika Emas Estet Sdn Bhd (KL)

Kepada bakal pelabur, agen-agen dan sesiapa yang berminat,

Adalah dimaklumkan bahawa satu taklimat dan penerangan berkenaan pelan pelaburan dalam jual beli emas daripada wakil syarikat Etika Emas Estet Sdn Bhd (berpangkalan di Kuala Lumpur) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 16 Januari 2009 (Jumaat)
Masa: 7.30pm hingga 9.00pm
Tempat: Pejabat Etika Emas East Malaysia Sdn Bhd, Agen berdaftar untuk operasi di Sarawak

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian berikut:
Pejabat: 082-233353 / 232351
Faksimili: 082-232352
Emel: etikaemas.eastmalaysia@gmail.com

Atau hubungi wakil-wakil agensi seperti berikut:

Tn. Hj Mohd Said Hj Gapor: 013-8102353
En. Mohamad Danial: 013-5745800

Tuesday, January 13, 2009

Harga Semasa Etika Emas (1 gram) - 13/01/2009

Ketulenan

Tarikh

Jualan (Pertama Kali)

Jualan

Belian

999.9

13/01/2009

RM121.50

RM115.71

RM113.40

916

13/01/2009

RM111.37

RM106.07

RM103.95



Kemaskini: 13/01/2009
Sumber: www.etikaemas.com

Harga Semasa Etika Emas (1 gram) - 12/01/2009

Ketulenan

Tarikh

Jualan (Pertama Kali)

Jualan

Belian

999.9

12/01/2009

RM120.58

RM114.84

RM112.54

916

12/01/2009

RM110.53

RM105.27

RM103.16



Kemaskini: 12/01/2009
Sumber: www.etikaemas.com

Monday, January 12, 2009

Artikel Etika Emas dalam Berita Mingguan 4 Januari 2009

Simpan emas lebih untung
(Keratan Akhbar BMDUA Berita Mingguan 4 Januari 2009)

Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@nstp.com.my

Etika Emas tawar skim simpanan emas yang menjanjikan pulangan tunai setiap bulan

MEMBELI emas untuk penyimpanan kedengaran sedikit janggal kerana ramai beranggapan logam kuning keemasan itu lebih terserlah kemewahan dan ketinggian mutunya apabila dipamerkan sebagai perhiasan diri.

Bagaimanapun, kemelut ekonomi yang melanda dunia menyebabkan ramai mula sedar mengenai kepentingan membeli emas untuk dijadikan aset pelaburan.

Pemangkin terhadap minat serta trend yang semakin berkembang itu adalah fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini.

Mengapa melabur emas? Jawapannya sangat mudah. Melabur emas bukan sekadar mendapatkan keuntungan ke atas modal tapi juga melindungi nilai aset daripada inflasi dan deflasi.

Presiden Etika Emas Estet Berhad, Mohd Amin Supian, berkata emas adalah logam berharga yang sentiasa disebut di dalam Tamadun Islam dan peradaban dunia.



Perkataan emas atau 'gold' berasal daripada perkataan Indo-Eropah iaitu kuning yang merujuk kepada logam yang menonjol sifatnya.

"Seistimewa rupa dan nilainya, emas juga bersifat kekal. Selain melambangkan ketulenan, bernilai tinggi, kedaulatan dan simbol status, emas juga menjadi lambang kemewahan kepada individu atau sesebuah negara yang memilikinya," katanya.

Pada 2003, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed pernah melihat kebaikan dinar emas sebagai mata wang seragam dan tetap nilai seperti diperkenalkan ketika zaman Rasulullah SAW.

"Sayangnya ketika itu idea Tun Dr Mahathir agak sukar untuk diterima, dipandang remeh serta dilihat sebagai saingan dan seakan hendak meniru euro dolar Eropah," katanya.

MOHD AMIN menunjukkan jonkong emas pelbagai saiz yang dijual untuk skim pelaburan di Etika Emas.

Bertitik tolak daripada kesedaran mengenai kepentingan menyimpan emas, Mohd Amin dan kumpulannya mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti membeli dan menjual emas fizikal 24 karat dengan kualiti 999.9 atau 99.9% tulen.

Sebagai jaminan, setiap pelanggan yang membeli dan menyimpan emas di Etika Emas ditawarkan emas fizikal iaitu emas sebenar yang boleh dilihat, dipegang dan disimpan sebelum dicagarkan di skim Ar-Rahnu ditawarkan Bank Rakyat.

Selain itu, Etika Emas yang ditubuhkan dua tahun lalu itu juga turut menawarkan khidmat perundingan kepada pelanggan mengenai cara mengurus aset emas dengan bijak selain koperasi bagi menguruskan sendiri skim pajak gadai emas berlandaskan Syariah atau Ar-Rahnu dengan kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).


Kata Mohd Amin, selepas mengetahui kehebatan penyimpanan emas, dia melakukan banyak penyelidikan dan pembacaan malah turut berkongsi pengetahuan mengenai penyimpanan emas daripada rakan-rakan yang sudah lama membeli dan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan.

"Perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang sudah siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan kerana pembelian jongkong emas membolehkan kita mendapat keuntungan bersih.

"Emas yang dibeli dalam bentuk barangan kemas atau syiling emas dijual pada kadar 40 peratus tinggi daripada jongkong emas iaitu membabitkan kos buruh. Justeru, jika anda berminat untuk menyimpan emas, jongkong emas lebih digalakkan kerana untung bersih yang dimiliki jika ia dijual lebih tinggi," katanya.

Seperti dikatakan Mohd Amin, menyimpan jongkong emas sebagai aset pelaburan juga menggunakan kaedah yang sama seperti jual beli saham dan jual beli mata wang (tidak dibenarkan Bank Negara Malaysia).

Katanya, pemilik emas mempunyai pilihan sama ada menyimpan sendiri emas milik mereka atau menyimpannya di peti simpanan bank. Jika mereka inginkan wang di saat memerlukan, simpanan emas fizikal berkenaan boleh dijual tapi nilainya akan susut antara 15 hingga 30 peratus daripada harga pasaran.

"Sebagai alternatif, mereka boleh mendapatkan pinjaman atau modal pusingan pada kadar 50 hingga 65 peratus dengan mencagarkan emas yang dimiliki di pajak gadai konvensional atau pajak gadai Islam, Ar-Rahnu.

"Emas yang dicagar boleh ditebus atau diambil kembali dengan menunjukkan surat pajakan, kad pengenalan, membayar jumlah prinsipal pinjaman dan upah simpan (Ar-Rahnu) atau faedah (pajak gadai konvensional)," katanya.

Bagaimanapun, bagi melunaskan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai seorang Muslim, Mohd Amin menyimpan impian menjadikan penubuhan Etika Emas sebagai sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada orang ramai dan umat Islam khususnya.

"Koperasi Etika Emas ditubuhkan bagi membantu orang ramai mendapatkan manfaat daripada program simpanan dan pembelian emas yang dijalankan, seterusnya kita ingin melihat pajak gadai Islam Ar-Rahnu dibuka di seluruh negara.

"Etika Emas juga ingin melihat pemilikan emas di kalangan golongan muda kerana kami sedar pemilikan emas walaupun di dalam jumlah yang sedikit sebenarnya dapat membantu perkembangan tamadun dan ummah melalui kadar zakat 2.5 peratus setahun yang dikenakan," katanya.

Katanya, nilai emas yang tidak menyusut menyebabkan simpanan jongkong emas mendatangkan keuntungan terutama ketika gelora ekonomi melanda dan Mohd Amin juga menyarankan orang ramai supaya membuat simpanan emas fizikal sebagai jaminan masa depan.

"Nilai emas tidak menyusut tapi jika anda perhatikan nilai mata wang mudah mengalami kejatuhan. Tidak keterlaluan dikatakan, di saat negara bergolak mata wang tidak menjanjikan jaminan kesenangan atau pengaruh.

"Jadikan sayap juruterbang yang diperbuat daripada emas sebagai contoh, jika mereka terhempas dan masih selamat, pin emas itu akan menjadi penyelamat kerana nilai emas dijamin nilainya walau di kalangan Orang Asli," katanya.

Selepas dua tahun ditubuhkan, Etika Emas kini berbangga kerana mempunyai 2,600 pelanggan yang membeli dan menyimpan emas fizikal melalui program ditawarkan dan 600,000 keping dinar emas terjual dengan jumlah simpanan emas fizikal sebanyak 1.6 tan.

"Tahun ini kami mensasarkan lebih ramai penyimpan emas termasuk perseorangan daripada luar negara dengan pertambahan simpanan emas lebih daripada 45 tan. Tapi kami akan pastikan simpanan emas dibuat di dalam negara bertujuan untuk meningkatkan simpanan emas di dalam negara," katanya.

Berbeza antara pembelian emas dari Etika Emas dan kedai emas biasa adalah setiap hadiah (pengurangan harga) diberikan di dalam bentuk tunai setiap bulan iaitu pada kadar 30 peratus daripada 100 gram emas yang dibeli selama enam bulan.

"Selain program pembelian satu jongkong emas, kami juga menawarkan program dua iaitu beli satu dan dipinjamkan satu jongkong daripada Etika Emas ke dalam akaun simpanan untuk menggalakkan mereka membuat tambahan simpanan emas apabila tempoh gadaian pertama tamat.

"Tapi jika harga emas dunia meningkat, mereka boleh membuat pilihan sama ada hendak menjual atau terus menyimpan jongkong emas yang dimiliki bergantung kepada keperluan," katanya.

Info

· Jongkong emas dijual Etika Emas adalah di dalam kiraan berat 20 kg, 50 kg, 100 kg, 500 kg, 1 kg dan paling berat adalah 12.5 kg.

· Nilai berat setiap jongkong berkenaan dibuat berdasarkan harga pasaran antarabangsa dan boleh di rujuk melalui laman web www.kitco.com atau www.wgc.com.

· Pasaran London menawarkan penjualan segera dan penjualan akan datang untuk emas. Ia ditetapkan oleh Geng Lima yang mewakili pengedar emas serta bank terpengaruh dunia. Geng Lima terdiri daripada ketuanya, N M Rothschild, Societte General, Hongkong Shanghai Bank (HSBC), Scotia Mocatta dan Deutsche Bank.

· Nilai jual Kijang emas yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (31 Disember 2008) adalah RM3,200 untuk berat 31.10 g (1oz), RM1,630 (15.55 g) dan RM830 (7.775 g).

· Pelaburan emas terbahagi kepada empat iaitu pelaburan barang kemas, syiling emas, jongkong emas dan dinar emas.

Fakta

· Ahli kimia tidak pernah berjaya menghasilkan emas tiruan kerana sifat logam berkenaan sukar ditiru.

· Sifat emas tulen adalah lembut paling boleh ditempa dan dibentuk.

· Emas asli boleh disahkan tulen melalui dua cara mudah iaitu apabila digigit, ia meninggalkan kesan lekuk gigi, kedua apabila dibakar atau dicairkan, ia tidak berubah warna.

Sunday, January 11, 2009

Taklimat dari Wakil Etika Emas Estet Sdn Bhd (KL)

Kepada bakal pelabur, agen-agen dan sesiapa yang berminat,

Adalah dimaklumkan bahawa satu taklimat dan penerangan berkenaan pelan pelaburan dalam jual beli emas daripada wakil syarikat Etika Emas Estet Sdn Bhd (berpangkalan di Kuala Lumpur) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 16 Januari 2009 (Jumaat)
Masa: 7.30pm hingga 9.00pm
Tempat: Pejabat Etika Emas East Malaysia Sdn Bhd, Agen berdaftar untuk operasi di Sarawak

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian berikut:
Pejabat: 082-233353 / 232351
Faksimili: 082-232352
Emel: etikaemas.eastmalaysia@gmail.com

Atau hubungi wakil-wakil agensi seperti berikut:

Tn. Hj Mohd Said Hj Gapor: 013-8102353
En. Mohamad Danial: 013-5745800