"An Investment Agency In Gold"

Friday, July 24, 2009

Kenyataan Akhbar pada 23 Julai 2009


Kenyataan Akhbar Etika Emas Estet Sdn Bhd

pada 22 Julai 2009

Pada 21 Julai 2009 (Selasa), Unit Penyiasatan Khas,
Bank Negara Malaysia telah menjalankan siasatan ke
atas syarikat Etika Emas Estet Sdn Bhd (EEESB)
kerana terdapat beberapa syarikat berkaitan emas
yang dipercayai menjalankan aktiviti pengambilan
deposit secara haram.

EEESB telah memberikan kerjasama penuh kepada
pihak BNM menjalankan siasatan. EEESB yakin dan
percaya bahawa tiada sebarang aktiviti tidak sah
telah dilakukan sepanjang ianya menjalankan
perniagaan sejak Mei 2007. Kenyataan ini adalah
berdasarkan kepada fakta-fakta berikut :

1. EEESB adalah sebuah syarikat “professional
trader” yang menjual dan BUKAN melabur emas.
Pelanggan menerima emas dari setiap pembelian.
Semua urusniaga pembelian emas antara pelanggan
dengan EEESB yang mana emas fizikal (dan bukan
pelaburan emas) diserahkan kepada pelanggan
berserta dengan resit pembelian, aku janji aqad,
surat perjanjian dan sijil ketulenan. Pembelian cara
ini adalah sama seperti pembelian di mana-mana
kedai emas di Malaysia;

2. Pada 28/08/2008, EEESB melalui peguamnya
telah menghantar surat rasmi berserta dokumen-
dokumen penting seperti model perniagaan, analisis
risiko, pengurusan risiko, maklumat pembekal,
dan lain-lain maklumat penting kepada Jabatan
Pentadbiran Pertukaran Asing (JPPA), Bank
Negara Malaysia. Sebagai balasan, EEESB melalui
peguamnya telah menerima satu surat yang
ditandatangani oleh Pengarah JPPA Bank Negara
Malaysia pada 11 September 2008 yang
membenarkan EEESB untuk menjalankan aktiviti
perdagangan emas fizikal termasuk membeli,
meminjam, menjual, dan mengeksport,
(Sila rujuk Lampiran A);

3. Walaupun surat dari JPPA telah dikeluarkan,
EEESB telah mengambil langkah proaktif dengan
menghantar surat rasmi berserta dokumen-
dokumen penting seperti yang dinyatakan pada
para 2 di atas kepada Jabatan Undang-Undang
Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan
pandangan dan nasihat berkenaan model perniagaan
yang dijalankan oleh Etika Emas. Ianya telah
dihantar pada 14 November 2008. Walau
bagaimanapun, EEESB tidak menerima sebarang
jawapan dari Bank Negara Malaysia sehinggalah
peguam syarikat menghantar sekali lagi dokumen-
dokumen berkenaan pada Jabatan Undang-Undang
Bank Negara Malaysia pada 10 Mac 2009. Sebagai
balasan, EEESB melalui peguamnya telah menerima
satu surat yang ditandatangani oleh Pengarah
Jabatan Undang-Undang Bank Negara Malaysia
pada 2 April 2009. Walau bagaimanapun, surat
jawapan yang diberikan oleh Jabatan Undang-
Undang BNM (Sila rujuk Lampiran B) tidak
menyatakan secara khusus sama ada model per-
niagaan yang dijalankan oleh EEESB bercanggah
dengan mana-mana akta di bawah seliaan BNM;

4. Berdasarkan senario dari para 1 hingga para 3,
EEESB telah mengambil keputusan untuk menjalan
-kan model perniagaan (sila rujuk lampiran C) di
bawah naungan Koperasi Etika Emas Malaysia
Berhad (KEEMB), sebuah entiti yang bernaung di
bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Berdasar
-kan perkara 11 (1) di bawah Undang-Undang
Kecil KEEMB, keanggotaan koperasi secara khusus
adalah terbuka kepada semua pelanggan-pelanggan,
pekerja-pekerja, ahli keluarga, serta subsidiari
dan syarikat bersekutu Etika Emas Estet Sdn Bhd;

5. Berdasarkan kronologi di atas, EEESB telah
menjalankan semua tanggungjawab sebagai warga
korporat yang bertanggungjawab penuh kepada
pelanggannya dan pihak berwajib dengan merujuk
kepada semua syarat dan keperluan institusi, badan
dan pihak yang terlibat di dalam perniagaan kami
dan sehingga kini kesemua institusi termasuk BNM,
melalui beberapa siri perjumpaaan dan nasihat telah
dapat memantapkan modus operadi dan aktiviti
perniagaan EEESB. Kami bekerjasama dan
mengalukan siasatan rutin BNM ke atas peniaga
-peniaga emas untuk memberi keyakinan kepada
pelanggan, pembeli emas dan pihak awam supaya
tiada perkara-perkara terlarang seperti
illegal deposit taking” dan “money laundering
berlaku.


6. Perlu ditekankan di sini bahawa EEESB hanya
menjalankan urusan jual-beli emas fizikal 999.9.
Kami membantu memberi khidmat nasihat
kepada para pelanggan kami tentang kaedah
menambahkan aset emas mereka dengan
menggunakan institusi ar-rahnu yang
berdaftar sebagai mekanisma. Bersama-sama
ini, kami edarkan model perniagaan yang kami
jalankan bersama rakan niaga dan institusi
Ar-Rahnu untuk maklumat Tuan/Puan.
(sila rujuk lampiran C);


Kami terpanggil untuk memberikan kenyataan
akhbar ini supaya EEESB diperiksa secara
profesional dengan mengambil kira semua
inisiatif dan komitmen yang telah kami
tunjukkan dari awal dan meminta agar findings
yang tepat dikeluarkan oleh BNM. Tindakan
BNM semalam diharap tidak akan menjejaskan
kredibiliti dan keyakinan pelanggan terhadap
EEESB.

Sekian, terima kasih

Mohd Amin Bin Supian
Presiden, Etika Emas Estet Sdn Bhd